Wednesday

Antara Dua Zaman

Saya bukanlah terlalu tua, cuma umur dah meningkat. Saya lahir tahun 1980. Zaman kanak-kanak saya masih "meriah" dan sempat menikmati dan mengetahui beberapa kenderaan tradisional. Apa yang hendak saya paparkan kali ini entahlah kalau dapat dikatakan kenderaan tradisional atau tidak, namun rasanya kenderaan ini sudah tidak lagi dimainkan kanak-kanak zaman sekarang. Kalau ada pun bak kata P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang, "jarang-jarang".

Zaman saya tidak ada kuda plastik yang boleh ditunggang. Juga tidak ada kereta mainan yang boleh dinaiki. Jadi nak tunggang apa? Nak naik apa? Saya tidak pasti siapa, tetapi rasa-rasanya ibu-ibu saudara sayalah yang mengajar saya pada waktu itu untuk naik "kadi" / kereta sorong. "Kadi" / kereta sorong ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tolak dan yang lain duduk dalam "kadi". Biasanya yang seronok adalah yang naik "kadi". Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
Itu kalau balik kampung naik "kadi" / kereta sorong. Kalau kat shopping mall naik "kadi", mau kena gelak dengan semua orang. Ni gelagat anak2 aku naik kuda elektrik. Cuma bayar je RM2, dapatlah anak naik kuda ni lebih kurang 5 minit. Pusing la kat situ puas-puas.

Kalau yang ni pula, masukan token, tak pun duit syiling. Bolehlah menatang ni bergerak2 sambil mengeluarkan lagu. Canggihkan zaman sekarang?

No comments:

Post a Comment